Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, selamat pagi kepada semua warga malaysia, tidak kira yang masih tetap lagi berhutang nyawa atau yang sudah menyerahkan nyawa serta jasadnya kepada Yang berhak memilikinya..

Semoga semua dalam keadaan sihat dan mempunyai target pada hari ini..

first-impression

tajuk pada pagi ini adalah first impression, saje je aku wat font tu tak nampak, sebab aku nak kupas sikit sal first impression ni..

ape sebenarnye first impression ni?

A first impression when meeting another person is your hygiene, how you dress and your personality. This makes up your character and one should never try to be anyone else, but themselves.

maksudnya disini adalah:

Penampilan pertama terhadap diri kita apabila kita berjumpa atau bertemu dengan seseorang, dan segala kebersihan atau kecermatan, bagaimana cara pemakaian dan personaliti kita, itulah yang di panggil penampilan pertama. Penambilan pertama inilah yang menerangkan secara terperinci tentang sifat-sifat peribadi kita dan ingatlah, seseorang itu patut jadi dirinya sendiri!

Sebenarnya, setiap hari kita akan mengalami proses “first impression” ini, yang mana proses ini berlaku selepas kita bangun dari tidur. Seseorang yang mempunyai penampilan pertama di kategori kan kepada banyak peringkat. Antara peringkatnya adalah penampilan pertama otak kita. Otak kita mempunyai satu sistem yang amat-amat luar biasa yang di kurniakan kepada manusia sahaja, tidak ada di dalam makhluk ALLAH S.W.T yang lain. Kita dapat menggunakan kuasa akal yang kita miliki, untuk menguasai segala perkara yang berlaku sejak dari bangun tidur hingga ke tidur.

brain_revenge_1

idea

Apa yang aku maksudkan tentang penampilan pertama otak adalah apabila kita telah bangun dari tidur, penampilan pertama otak adalah setkan akal anda atau minda anda, supaya hari ini adalah hari yang lebih baik dari kelmarin, hari yang lebih sempurna dari kelmarin, setkan minda tersebut, itu adalah penampilan pertama otak. Dan selalunya kita tidak sedar, bahawa penampilan pertama inilah yang menyebabkan hidup kita seharian lebih ceria daripada hari – hari yang lepas.

Sebenarnya banyak lagi topik tentang penampilan pertama ini, bukan sekadar penampilan otak, tapi tubuh badan, luaran dan sekeliling juga penting, tapi yang itu akan aku kupaskan lain hari (kalu aku rajinlah =P).

Apa yang aku ingin kongsikan bersama adalah tentang diri aku, itu sebenarnya adalah topik yang aku ingin kongsikan bersama. Bangun dari subuh aku dah setkan minda nak setelkan apa yang tak setel semalam, nak siapkan tulang untuk tangan.huhu, tapi pagi ni aku nak bereskan kerja tertunggak yang aku janji dengan lecturer aku semalam..

nak di jadikan cerita, lepas solat subuh aku terus buka laptop. internet ok jer aku tengok, aku terus blah kejap nak gi dapur dulu, tengok2 takut ada apa yang boleh aku bantu maa aku. tolong skit, aku terus sambar laptop, tup2 internet terputus, nape ni? refresh, repair, tutup modem, dah banyak cara yang telah aku buat..totap samo jah. Supo skalo, aku call tm centre 100 tu, buat report yang sama yang telah aku buat kelmarin, alhamdulillah, tak sampat 15 minit dah ok. tapi aku tak tahulah esok camner, dah 2 kali dah buat report tu, kalu tetap dengan sama, memang sakit lah..

dah tu kenapa aku duk sibuk gtau tentang first impression? tak berkait langsung, buat mase jer aku bace entry neh, ahaks..

Sebenarnya apa yang ingin aku kaitkan adalah, first impression aku terhadap internet, aku dah bangun pagi dah, dah setkan target aku hari ini. tapi di halangi oleh masalah internet ni, first impression otak aku ni jadi marahh!!..geram!!..tulah sebenarnya yang aku ingin kongsikan.tapi sekarang hati aku dah lege dah, dah dapat sambung target aku semula. that all for now, dah siap tulang untuk tangan, aku postkan disini..harap2lah tidak ada halangan hari ini..ameennn

Related Posts with Thumbnails