Assalamualaikum, apa yang ingin aku kongsikan adalah pengalaman ku yang tak seberapa ini berkenaan dengan dakwah atau tabligh..

pengalaman ku bermula semasa di tingkatan 3, selepas habis sahaja PMR, aku terus ke pondok di Pasir Puteh. disitulah aku belajar erti kehidupan, erti hidup kita hanyalah untuk ALLAH yang Maha Pencipta seluruh alam.. bukan untuk dunia, bukan untuk duit, tapi untuk ALLAH semata2..tapi untuk laksanakan segala kebajikan dan amal soleh untuk ALLAH memerlukan sandarannya, sandarannya adalah dunia, jadi apa2 yang kita lakukan atau kerjakan, mestilah dengan niat yang baik dan untuk peringatan untuk diri kita juga..

tu time aku lepas tingkatan 3, sekarang ni aku dah melangkau ke alam kolej, kat sinilah aku banyak kali jatuh, jatuh terjelupuk, jatuh bahang tanoh (loghat ganu)..aku tidak ada sokongan, akhirnya aku tergelumus ke dalam tahi yang membusuk.. sekarang aku sedar, dah banyak dosa dan silap aku sebelum ni, aku perlu bangkit..bangkit..bangkit

bangkit dari lamunan yang tak ape entah, aku mencari cahaya semula, alhamdullillah ALLAH masih sayang lagi aku, walaupun aku banyak kali buat dosa dan silapku..

aku cari dan cari ilmu-ilmu yang dapat menyedarkan aku, sampai satu tahap, aku tidak mahu lagi teruskan hidupku yang penuh kepura-puraan ni, hidup yang hanye untuk dunia sahaja,, sampaikan aku tidak mahu lagi sambung untuk last semester ni, aku tekad untuk ke pondok semula, perkara ini terjadi setelah aku terbaca tentang dunia kiamat yang hampir tiba, rujuk video tu, rujuk website ni, rujuk blog tu, banyak yang aku dapat..yakjuj dan makjuj, dajjal, new world order, illuminati, perancangan yahudi dan kristian..akhir kata aku tidak mahukan dunia yang banyak tipu muslihat ni..

tapi aku terdengar bayan (ceramah tabligh) dari seorang syeikh di pakistan yang memberitahu bahawa, tabligh ni adalah pekerjaan mulia di sisi ALLAH, malahan ni adalah kerja nabi dan sahabat,, tetapi tabligh yang terbaik adalah tabligh yang dalam masa yang sama kita tabligh dalam kelompok2 kita..maksud aku, kita teruskan dengan pekerjaan kita, contohnya aku sekarang, berada di alam komputer, ambil jurusan multimedia, so, aku tabligh dalam jurusanku..maknanya, jangan tinggalkan apa yang kita sedang lakukan, kita buat juga dunia dan dalam masa yang sama kita islahkan(perbetulkan) diri kita dan dakwahlah kepada orang di sekeliling kita, itu yang terbaik..aku terkejut dan menyedari silapku sebelum ni..

dulu aku hanye kejar dunia semata2, then aku cuba untuk tinggalkan dunia, tapi sekarang ni aku perlu ambil kedua-duanya..tapi bukan seimbang, kena lebihkan salah satu..so lebihkan akhirat, dunia hanyalah sementara, dunia hanyalah tempat persinggahan..bak kata ustaz Azhar Idrus (aku banyak dengar ceramahnya berbanding ustaz yang lain)..setaro nabi pun ALLAH tidak bagi seimbang dunia akhirat, so kita pun, mana boleh seimbang, kena lebihkan salah satu, tepuk dada tanye iman..pilihlah, antara dunia atau akhirat..

Related Posts with Thumbnails