Assalamualaikum dan selamat malam, sekarang ni tengah rancak perlawanan Fifa World Cup 2010, Brazil vs Portugal..

memang sengit..masih lagi 0-0 walaupun masa sudah hampir tamat, dalam beberapa minit lagi..aku tidaklah terlalu fanatik terhadap bola ni, sebab aku tak minat pun, tapi at least aku tengoklah juga dan tahu tentang perlawanan apa yang sedang rancak di mainkan dan berapa gol yang di jaringkan,,sekadar tahu sahaja..eh tajuk lain tapi isi lain..keh3..saje jer tulis kat atas tu..

by the way, back to our topic..alhamdulillah, perasaan gembira campur suka kerana dapat membuat first listing in eBay, walaupun hanya satu produk sahaja aku listing, dan mengambil masa selamat 3-5 jam untuk listing,hehe..research punye research dan aku bukan pakai hentam jer ayat tu, tapi aku wat sebaik mungkin, masa yang lama aku gunakan pun di sebabkan aku kekurangan lagi ilmu eBay ni, biasa dah kan first listing, mesti mengambil masa yang lama untuk belajar..

alhamdulillah, rasa lega lah sebab dapat list kan apa yang aku duk pikir sebelum2 ni..alhamdulillah, masih banyak lagi ilmu dan pengalaman yang perlu aku kaut untuk mendapatkan hasil yang lumayan dalam bereBay ni, maybe setahun 2 tahun, sape tau kan..rezeki masing2..

tapi alhamdulillah, selepas 2 tahun aku dalam Internet Marketing ni, aku dapat satu pengalaman, iaitu, jangan terlalu fikirkan duit, tapi kejarkan pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin, dan yang paling penting, bertindak! kena bermula dahulu, walaupun sedikit..

setakat itu sahajalah untuk post kali ni, aku dah nak tidur dah, esok insyaALLAH, kalu tak ade aral melintang, aku nak listkan sebanyak 9 lagi..so ade 10 items dalam first experiment aku..maybe xder view, watcher, bid or sale lagi..tapi aku akan teruskan dengan minat aku ni..insyaALLAH,,

selamat malam semua…

Related Posts with Thumbnails