Assalamualaikum dan salam sejahtera..

warning!!warning !! to all newbie ebay seller like me!!

panas tajuk ni kan, memang panas!!..hehe..apa-apa pun, ni adalah pengalaman ku di dalam eBay yang tak sampai seminggu dalam bereBay ni..

alhamdullilah, 2 hari lepas aku dah dapat satu sales, alhamdulillah, tetapi semalam adalah hari yang mengejutkan aku..

apa yang mengejutkan tu? hehe..ni nak kasi sikit..jangan terkejut ek..

xpercaye ke? baru jer terjual satu item, dah di anugerahkan jadi eBay Silver PowerSeller!!

haa, memang terkejut beruk aku, melompat2..hehe..sebenarnye jangan tertipu dengan scammer ni, mujur aku sedar yang link dia tu pelik jer..

kalau aku klik kat link dia, akan keluar page login eBay..

tapi tahu kah anda? itu adalah salah satu cara hacker untuk mendapatkan id dan password kita, contohnya, jika kita klik link tersebut, kita akan pergi ke page login eBay, tapi sebelum kita masukkan apa2 id dan password, wajib tengok link kat browser..kalu bukan dari website eBay.com atau mana2 website eBay, sila tinggalkan segera page tersebut dan laporkan tentang penipuan ini di website eBay – http://pages.ebay.com/help/account/questions/report-spoof-email.html dan untuk mengetahui dan mengenalpasti emel spoof ini bolehlah rujuk di laman web ini – http://pages.ebay.com/education/spooftutorial/ .

tanpa banyak soal, aku terus buat report tentang spoof emel ni, takut2 terkena kepada kawan2 ebayer yang lain jer..

ni adalah jawapan kepada soalan aku tentang emel spoof tersebut..

tak sampai satu hari, aku check smula link tersebut, pihak eBay telah menghapuskan laman web tersebut..

ini adalah pengalaman ku yang dapat aku kongsi bersama, harap2 lepas ni, tidak ada lagi yang terkena seperti ini..

sekian sahaja untuk setakat ini..

assalamualaikum, majulah negara dengan pembangunan secara  islamik^^

Related Posts with Thumbnails