Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah agak lama benar aku tak mengkhabarkan berita kehidupan aku di bilik berita ni ek..hoho..

mungkin ada yang bertanya, tak rugi ke ade domain sendiri tapi dah berhabuk dah? aku senyum je, sebab aku tahu, mungkin berhabuk tetapi berisi!

nati aku ceritakan kenapa aku gitau berisi ek..hehe

alhamdulillah, pada 23 November, Selasa lepas, aku ke kolej aku kat Marang, belakang betul2 dengan Markas Pas..

(nilah kolejku,, waaa rindunya, rindu kelas, rindu kwn2, rindu lecturer, rindu adik2..T_T)

dah laa gi sorang2, then hujan lebat lak tu, sabar orang muda..hehe. Result punya pasal, aku redah je..so dah sampai kolej, makan2 jap, dapat tengok junior2 ni..emm..kadang2 tu terfikir gak, bestnya diaorang, boleh belajar, buat study group, wat asignment..huhu..tapi takper, asalkan dyeorang study elok2 tu dah buat aku bangga dengan junior..lebih2 lagi yang dapat result tinggi2..tahniah! wat yang terbaek ek..lepas makan aku rehat2 kat umah sewa jap, then baru gi ambil result, alhamdulillah bolehlah cukup2 makan..

jadi maknanya aku dah bergelar graduate! yippie! bulan ogos 2011 grad kat MMU..tak sabau rasanya ni..sampai umah jer terus demam sampai kehari ni..aduh laa..

so berbalik kepada tajuk utama dari bilik berita ni:

Kehidupan selepas graduate Diploma

selepas je habis peperiksaan terakhir aku kat kolej, aku telah aturkan sembahyangku, masaku, perniagaanku, tidurku, makanku dengan lebih teratur dari time aku belajar dahulu, dan dari sehari ke sehari alhamdulillah aku dapat merasakan satu nikmat besar yang ALLAH turunkan kepadaku..apa tu? aku dapat bersama dengan maa aku kerap kali, aku dapat tolong dia tanpa banyak soal, alhamdulillah, ALLAH telah bukakan hatiku untuk berada di samping maa ku selama mungkin..I LOVE U maa^^

berbalik kepada tajuk asal, aku cuba ubah cara hidup rutinku, alhamdulillah dua minggu aku praktikkan, ALLAH perkenankan hajatku..di samping di murahkan rezeki berlipat kali ganda dengan hanya sedikit usaha sahaja..

berbalik kepada perniagaan. yelah, dari sehari ke sehari minat aku dalam perniagaan ni bertambah, aku tidak dapat lari lagi dalam dunia perniagaan, tulah rutin seharian aku, nego nego nego, but i like it very much!..sebab apa aku suka? sebab aku berniaga atas dari aku minat dengan apa yang aku niagakan, aku minat barang2 elektrik dan komputer, so aku berniaga barang2 tu, takkan lah berniaga jual nasi lemakkan..

so apa yang perniagaan aku? MLM? skim cepat kaya? no no way! tu bukan cara aku, aku tak suka dengan cara yang cepat nak dapat duit banyak atau di panggil sebagai short term..tu bukan cara aku,  aku lebih sukakan perniagaan yang long term, perniagaan yang bersih dan jujur..sebab ni adalah berkait rapat dengan rezeki. hasil duit tu akan di gunakan untuk makan dan pakaian dan perkara yang lain, so aku amat menitik beratkan soal rezeki ni..

dan perniagaan apa lagi jika buka eBay kan?hehe..

so far so good, alhamdulillah, sejak aku dengan eBay yang dah masuk bulan 5 ni, aku rasa aku baru terjumpa retak eBay yang sebenarnya, apa yang aku maksudkan adalah, aku nampak flow rezeki yang ALLAH bagikan. so apa lagi, aku gunakan segala ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ni dan yang di pinjamkan dari ALLAH untuk sementara ni untuk berniaga di alam maya ni. alhamdulillah, hasilnya memuaskan juga lah, walaupun hanya listing 9 barang, terjual 18 tu..

tolak sume fee dan harga modal, aku dapat bersih hanyalah RM150 je..maybe ada yang gtau, eleh RM150 pun nak bersohor..hehe..aku happy sangat2, sebab pe, sbb aku dah nampak rentak eBay dah ni, dan cuba bayangkan. aku hanye letak 9 barang dapat Rm150..kalu 100 barang tak ke Rm1500..so sape yang untung sebenarnya?mestilah orang yang berusahakan..

sebab tu aku katakan yang walaupun dah berhabuk blog aku ni, tapi aku gunakan sepenuhnya strategi perniagaan ni..hehe..

bagitulah rutin aku seharian dan ternyata apa yang kita bagi kat orang lain satu ilmu, ALLAH akan pergandakan dia sebanyak 10 kebajikan tau..

akhir bulan 12 ni aku dah kena lapor diri kat Menara Rebung Tm tu, harap2 aku dapat kerja sebagai admin ke hr ke..tp yang penting, aku kena terima seadanya dan bersyukur kepada Ilahi keatas segala cabaran dan dugaanNya..

that all from today, bilik berita akan tutup sekejap..

akhir kalam,

al-ilmu bila amalin, kassajara bila thamarin..

maksudnya, ilmu itu apabila tidak di amalkan, seperti pokok yang tidak berbuah..

wassalam..

Related Posts with Thumbnails