Assalamualaikum..

laptop free? biar betul. betullah..tak caye? hehe.. alhamdulillah. baru je kerja dah dapat laptop free! thank you TM! ni berasa semakin bersemangat nak pi kerja ni =p

laptop yang comey molek ni berjenama HP, satu jenama yang aku tak berape berkenan..keh3. aku lebih kepada Acer, tapi dah nama lagi free, mesti berkenan punye. HP Elitebook 8440p nama di beri. Aku tak tau nak wat perbandingan dengan laptop lain camne, sebab aku tak update sal laptop ni. as well as, leh guna ngan baik, itu sudah cukup. tapi kali ni, walaupun free, aku rasa cukup berpuas hati dengan performance dan spec laptop ni.

core i5 tu.

2.67 GHz oklah tu.ram dah 2 gb. standard kalu beli laptop baru. dan aku rasa tak perlu nak upgrade ape² lagi laptop ni. dah ok dah ni, bukan main 3D, just coding jer. tak perlu sangat graphic tinggi²..

 

sah² rendah sebab graphic. no hal. laptop free =p.. part bawah ni aku suka sangat² ^^..

 

siap ada thumbscan lagi. gempak gak laptop ni, tapi tak try dia punya function. Bukan itu sahaja, siap ada lampu lagi kat atas tu, pelik sungguh laptop neh. Lampu ni untuk bagi nampak keyboard time malam². selalunya kita akan slowkan brightness laptop kalu tutup lampu dalam bilik. so keyboardnya tak berapa nampak. so dah ada lampu kecik molek ni.. boleh lah nampak sikit² keyboard tu.

 

jom kita tengok apa lagi barang free yang TM kasi.. kotak free! hahaha..

cam biasa lah, cd support, wayar², mouse, bateri dan juga yang penting cd Microsoft Office 2010 original beb. aku ni jenis yang tak pernah guna barang ori..bolehlah try guna walaupun same je ngan crack punye..hehe

 

 

sebelum terlupa, beg free pun dia bagi, ni bukan beg yang dulu² dah..kalu dulu, beg hanya satu line..memang sakit bahu nak pegang. sekarang dah dapat yang ni. baguslah. alhamdulillah.

apa² thank you TM ^^

next post I will update: how to maintenance the laptop! chow!

Related Posts with Thumbnails