Jahiliyyah moden vs jahiliyyah kuno
Assalamualaikum sahabat² sekalian.
Selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua muslim dan muslimat.
Maaf zahir dan batin^^.
harap semuanya sihat² belaka, insyaALLAH, untuk post kali ni, aku ingin berkongsi sedikit pandangan dan pendapat aku yang kerdil ni. Sebelum ni aku duk copy and paste je artikel orang. Sekarang ni baru terasa nak hasilkan satu artikel sendiri yang berkait rapat dengan apa yang berlaku di sekeliling kita ni. Tapi sebelum tu. aku sangat² tertarik dengan tuan Hamka si pemilik blog kereta mayat tu. Tertarik dengan ulasan yang begitu sempoi dan susunan ayat yang bermacam² ragam. Best yang amat. Aku cuba untuk jadi seperti dia, woha!
Apa yang kamu semua tau tentang maksud jahiliyyah? Tak perlu aku nak huraikan maksud jahiliyyah dan asal perkataan jahiliyyah tu ape. Semua orang tau. Malah nyonya jual nombor ekor pun tau ape itu jahiliyyah, maybe perkataan yang lainlah dia tau. Jadi aku nak kaitkan kat sini tentang jahiliyyah moden sekrang ni adakah lagi power ranger dari jahiliyyah kuno?
Semua orang tahu, apa yang kita pilih sekarang akan membentuk kita yang akan datang. Jika sekarang (masa muda), kita memilih jalan jahiliyyah sebagai landasan hidup kita walhal jalan Islam dah terbentang luas di hadapan kita, tapi masih lagi memilih jalan jahiliyyah, maka akan datang, anak cucu cicik kita akan lahirlah generasi yang jahil lagi bodo ketok(bodoh lagi bangang).
Apa beza jahiliyyah kuno dan jahiliyyah moden? bezanya jahiliyyah moden lagi teruk malahan lagi parah dari jahiliyyah kuno.
Antara perbezaan yang ketara adalah:
1. Dulu tiap² kali lahirnya bayi perempuan, si ayah akan tanam hidup² tanpa menoleh ke kanan kiri sambil kambing di sebelah menggiling² kepala risau dengan umat.
Tapi sekarang, jahiliyyah moden lagi power rangers, bukan setakat tanam sahaja, malahannye di bakar, buang, tahuk laut, lubang tandas, longkang, pintu masjid, pintu rumah, pintu kereta mayat. Bahkan di gugurkan seawal mungkin tak kira bayi lelaki atau perempuan.
Hebatkan jahiliyyah sekarang?!
2. Dulu fitnah hanyalah berlaku di satu² kaum dan lambat untuk fitnah tu bertebaran di sesebuah negara. Malahan, mustahil seluruh dunia akan tau sesuatu fitnah tersebut dan mungkin memakan masa yang terlalu lama untuk di ketahui oleh seluruh dunia.
Tapi sekarang, jahiliyyah moden lagi power rangers, fitnah baru keluar arini, seluruh dunia dah tau dah. Dari facebook, tv, tweet, fitnah tersebar selaju angin eksos F1 kat litar sepang. Berdesup laju, maka beruntunglah orang yang di fitnah tersebut tapi yang menfitnahnya bye bye laa..
Hebatkan jahiliyyah sekarang?!
3. Ulama’
Yang menjahiliyahkan umat adalah ulama mereka sendiri, bukannya mereka yang jahil, tapi ulama yang membenarkan ape yang haram!
Tapi sekarang, ulama’ zaman moden lagi jahil dan menjahilkan umat! Sanggup menghalalkan perkara yang haram semata2 kerana pangkat dan wang. Tak perlu aku nak wat contoh, semua dah sedia maklum di mata kepala sendiri!.
Hebatkan jahiliyyah sekarang?!
kesimpulannya, tak perlulah kita merasa selesa dalam keadaan sekarang, zaman akhir zaman adalah zaman yang lagi teruk daripada zaman jahiliyyah!. banyak lagi contoh yang aku terlepas. aku akan tambah lagi dari masa ke semasa. Nasihatku, bebaskan diri dari pengaruh terkuat yahudi, iaitu tv!
Facebook comments:







about 8 months ago
hurmm … ye … macam2 lagi. point yang ketiga tu, sebenarnya yang pertama. Umat memang rosak kerana dua golongan, ulama’ n umara’.umara’ yang tak ada keinginan utk agama memang dah fail dah. Bukan diorang takde ilmu, dorang tau apa dia haram, apa dia halal. arak haram,riba’ haram, itu haram ini haram, tapi cuma takde pelaksanaan sebab takde keinginan utk agama. Tapi ulama’ yang memang dah ada ilmu agama, (ni ulama’ suu’, bukan semua ulama’) dengan ilmu diorang diorang menghalalkan perkara yang haram, menyisihkan sunnah kepada gaya hidup selain dari gaya hidup sunnah, mencaci maki dalam masjid, kate gaji mufti duit pelacur, duit babi (allahummahdi ummata muhammad… ) nauzubillah. janganlah ketaksuban kepada pangkat dan pemerintahan yang membawa kepada kehancuran umat semua. Tengok kat youtube yang pasal “ulama’ politik , untuk politik atau dakwah” pun, selamba aje gelar2 orang, dan membolehkan gelar2 sedangkan terang2 da brapa kali bace ayat dalam surah hujurat. hadoi… hadoi … (allahummansur ummata muhammad…)
about 8 months ago
mashaALLAH tuan..memang betul sangat2 ape yang tuan gitau tu. umat jadi jahil di sebabkan oleh ulama mereka sendiri. umara dah memang terenjat akal dari dulu lagi..sedih2. tak sempat tuan nak tengok kat rumah ni. esok lah sambung balik. jazakallah
about 8 months ago
like button ade problem … takleh nk like huhu~
about 8 months ago
baru perasan. rupanya fb dah ubah api dia. nati sapa kl, baru leh fix
about 8 months ago
kena print screen ke?
about 8 months ago
mesti, hantar kat sandesh..hehe