Assalamualaikum, lama tidak kemas kini blog aku ni, sampaikan search kat google. redirect kepada link mane tah. baru boleh fix last2. alhamdulillah.

Aku terdetik hati nak tulis post baru ni sebab aku dah bertukar arah 360% dari seorang pekerja kepada pelajar balik. dan juga sebab utama adalah untuk aku khabarkan kisah sahabat akhirat ku ='(.

Entry kali ni agak menyentuh hati ku. aku berasa terkilan, sedih, dan banyak perasaan ketika menulis entry ini.

First off all. siapa gerakan sahabat akhirat aku? last entry akan terjawap siapa gerakannya.

Bermulanya sebelum aku habis diploma di ganu kite. Aku banyak kali fikir dan doa kepada ALLAH supaya anugerahkan kepada ku kawan yang dapat memimpin ku. Bak kata orang, nak lihat siapa diri kita, lihat siapa kawan kita. Berkawan dengan orang yang menjual minyak atar, tak calit minyak atar pun, akan terbau gak wanginnya. Oleh sebab itu, kawanlah yang menentukan samada kita ni baik atau buruk. Lagipun setelah belajar selama 2 tahun setengah, aku mungkin akan bekerja di Kuala Lumpur. Faham2lah camne keadaan Kuala Lumpur kan? Penuh dengan maksiat dan sosial yang bebas.

Aku masuk bekerja 1 Mac 2011 yakni sehari selepas kak Huda (Kak Long) lahirkan anak kedua, Humaidi namanya. Budaknya cute, sampai sekarang teringat senyumannya. Selama 2 bulan aku bekerja dan aku dapati KL bukan apa yang di war2 kan. Memang maksiat banyak, tapi agamanya juga kuat. Atas diri sendiri, pandai pilih kawan, berjayalah hidup. Jadi selama 2 bulan tu aku cari ilmu agama, dengar mp3 Ust Azhar Idrus, dengan ceramah tiap2 hari lepas magrib di masjid area rumah. Kejap masjid tu, kejap masjid ni. Tapi dalam masa 2 bulan tu, aku masih lagi ade kekosongan. Ada benda yang tak menenangkan hati ku. Aku lihat ramai yang dengar ceramah kat masjid, tapi masih ramai lagi yang kat luar sana duk sibuk dengan dunia, makan, minum, lepak, bual kosong, penjual cara penjual, pembeli cara pembeli. Mana tugas kita sebagai rakan surau/masjid untuk mengajak diorang turut serta semayang jemaah, turut serta dengar ceramah/kuliah? Aku pelik gak. Mana cara yang betul2 nak ajak orang ke masjid? Adakah kena guna duit untuk buat majlis2 agama? Adakah perlukan kita marah2 diorang? Adakah dengan bagi duit tiap2 kali semayang?
Alhamdulillah, mungkin asbab dari fikir aku tentang umat, ALLAH telah hantar seorang kawan kat ofis aku. Mula2 bos beritahu ada pekerja baru masuk, aku terus doa dalam hati. Ya ALLAH, semoga dia dapat membimbing aku. Mula2 tengok dia bagus, ada janggut(sunnah nabi), dahi hitam, tanda2 orang kuat semayang ni. cakap2 dia ok, alhamdulillah Allah hantar orang yang dapat bimbing aku.
Aritu time dia nak balik rumah, aku ape lagi, stalker macam biasalah. Dah dapat emel dia, aku terus google dan meneruskan kerja jahat ku. haha
apa yang aku dapat melalui carian google adalah laman web peribadi dia. Terus aku bukak dan baca profile dirinya.
Rupanya2 dia seorang hafiz, terus aku call maa(aku anak maa, apa2 yang berlaku aku banyak report kat maa, that why I love U maa) aku kata dapat kawan yang hafiz. Maa aku syukur alhamdulillah.

Selongkar punye selongkar, aku dapat tau dia ni belajar kat UiTM, Shah Alam, rumah pun dekat, Syeksen 24 je. Habis sem dia ngajar orang mengaji kat Masjid Petronas, dekat Shah Alam. Alhamdulillah, boleh dia ajar aku mengaji.

Last2 aku tengok dia baru je keluar tabligh 4 bulan kat IPB (India, Pakistan, Bangladesh). Aku terus teringat kawan aku semasa di kolej dulu.
Dia dari kolej pindah ke poli dan join tabligh, alhamdulillah, berubah 100%. Selalu dia ceritakan kepada ku tentang nikmat syurga dan ganjaran orang yang keluar berdakwah.

Lepas aku tengok dia keluar, dan ada selitkan gambarnya sekali. Aku sekali lagi mengucap syukur alhamdulillah, ALLAH telah perkenankan doa ku. Allah telah hantar direct sahabat akhirat untuk membimbing aku di jalan dakwah yang benar.

Bermulanya di situ, aku banyak belajar selok belok agama, banyak aku tanya bab yang aku tak jelas/tak faham. Contoh yang aku gtau kat atas tadi. Bagaimana cara dakwah paling berkesan untuk ajak orang ke masjid. Jawapan yang di berinya mudah dan memang aku terkesan.

Dakwah yang paling terbaik/berkesan adalah dakwah ikut cara Nabi

Mula2 aku tak faham, apa maksud dia. Dia tanya aku balik, apa dakwah yang semua Nabi jalankan? Aku tak dapat nak jawap persoalannya.

Jawapannya mudah, dari rumah ke rumah, door to door. Aku terkejut, sudah terisi persoalan ku sebelum ni. Memang itulah cara yang paling berkesan. Dari hati ke hati kita ajak diorang datang masjid. Jadi aku ikut nasihat dia supaya ikut jemaah tabligh keluar 3 hari untuk belajar cara dakwah dan cara islahkan diri.
Alhamdulillah, banyak persoalan, banyak permasalahan, yang di huraikan/di tunjukkan semasa aku keluar, walaupun 3 hari.
Aku tak sempat nak describe di post ni. Mungkin satu hari nanti aku akan huraikan sedikit sebanyak apa yang aku faham di dalam jemaah tabligh. InsyaALLAH.

 

Berbalik kepada cerita sahabatku tadi. Alhamdulillah, kami semakin rapat, ibarat adik dan abang. Gurau senda, makan sama, tido 2 bantal, mandi masing2. Dan banyak peristiwa yang tak dapat aku lupakan sewaktu aku bersama sahabatku ini. Antaranya yang paling aku mungkin tak akan lupakan adalah ketika waktu puasa. Memang aku tak nafikan, puasa aku tahun lepas adalah puasa yang paling bermakna dalan hidupku. Tiap2 hari di sibukkan dengan agama. Selalu kejar mengejar masa, sehinggakan tak larat nak di teruskan.

Pukul 4 dah bangun, qiamullai di Masjid Sri Petaling, pukul 5 dah gerak balik rumah, dalam 15 minit sampai rumah terus masak same2, pahtu lepas subuh buat mesyuarat agama. Lepas tu tadarus same2. Kadang2 sehari dapat 2 juz, kadang2 1 juz setengah. Memang cepat sangat masa berlalu, pukul 7.30 dah kena gerak nak pi mandi dan kerja. Habis kerja pukul 5, direct pi surau menara TM, sambung tadarus sampai dekat2 magrib, bergegas ke Masjid Sungai Besi untuk berbuka secara percume,. hehe. Lepas magrib, rehat2 kejap, then pi Masjid Sri Petaling untuk semayang isyak dan terawikh bersame2. Bagitulah rutin hidupku selama berpuasa, alhamdulillah, kesannya nampak selepas puasa. Buat sebanyak mungkin amalan di waktu puasa untuk melatih diri di bulan2 yang lain.

Dekat2 bulan 10, aku menerima berita tak berapa baik. Sahabat ku ingin membina masjid, bagi dia berita baik, tapi aku tak berapa baik.kui3. Yelah, aku dah tak boleh contect dia sangat, ganggu orang tak baik, jadi aku kembali sedih dan berharap aku dapat tempuhi nanti kehidupan selepas dia tinggalkan aku. ='(. alhamdulillah ALLAH telah hantarkan dua orang sekali gus. Tapi bukan jemaah tabligh, jemaah usrah. Aku tak de masalah, asalkan sama2 buat kerja agama.

Aku jadi pengapit sahabat ku ini. Walaupun dia kawin, tapi aku yang debar. hahaha.
Suka sangat2 aku tengok dia senyum dan gembira bersama isterinya.
Banyak pengalaman dan peristiwa yang aku tak mungkin lupa wahai sahabatku.

Kau jadi benchmark aku untuk akhirat.
Banyak yang aku belajar dan banyak yang aku contohi perangai kau. Kau seorang penyabar walaupun tahu aku ni seorang yang ego dan kadang2 menjengkelkan. Kau seorang yang baik hati, sentiasa tolong aku time aku dalam kesusahan. Kau banyak bagi pandangan dan nasihat kat aku.  Kau banyak marah2 aku time aku banyak main2. Kaulah asbab kepada Allah buka hidayat kepada ku.

Banyak lagi lah yang aku dapat daripada kau sahabatku. Doakan aku supaya dapat kawan yang baik sama seperti kau di MMU nanti.

Aku doakan semoga kau bahagia bersama2 dengan isteri yang tercinta dan mendapat redha ALLAH. Amin…

Ni lagu untuk kau, sahabat akhirat ku, Al Fadhil Al Hafiz Ahmad Fahmi Al Shah Alami Al Kepongi

 

Related Posts with Thumbnails