Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah diberi rezeki bernafas dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping menghirup udara segar yang di hantar oleh Allah melalui bantuan angin2 yang mengejuk jiwa. Syukur alhamdulillh juga kerana Allah SWT masih memberi rezeki pinjaman nyawa dan anggota badan supaya melaksanakan kerja agama dengan sempurna walaupun naik turun, naik turun iman ibarat ombak rindu. ceh!
Alhamdulillah sekali lagi kepada ALLAH SWT yang masih lagi memberi nikmat Iman dan juga nikmat Islam, walaupun hambaMu ini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sempurna. HambaMu ini tidak larat untuk terima takaza/tanggungjawab agama sepenuhnya. Masih banyak yang perlu di pelajari dan di tambahi dari segi Ilmu dan Amal.

Aku merasa ingin berkongsi pengalaman dan sedikit cebisan sisa hidup ini bersama2 kawan maya ni. Walaupun aku tahu bukan ada orang singgah blog aku, tapi sekurang2nya aku boleh simpan sedikit sebanyak pengalaman aku, lepas ni boleh aku tengok balik kenangan2 lame.


Sebagaimana tajuk di atas, macam tulah apa yang ingin aku kongsikan bersama. Kejayaan dunia atau kejayaan akhirat? Ramai orang salah anggap, jika nak dapatkan kejayaan akhirat perlukan ilmu yang tinggi2, perlukan kejayaan dunia untuk dapatkan kejayaan akhirat. Salah konsep tu. Jika beranggapan demikian, dah ramai orang bukan Islam dah dapat kejayaan akhirat. Ilmu yang kita pelajari seperti ilmu hisab(matematik), ilmu sains, ilmu kedoktoran, ilmu politik, sebenarnya semua itu bukannya ilmu yang sebenar, itu adalah kemahiran dunia semata2. Kenapa aku cakap itu bukan ilmu tetapi kemahiran? Kerana orang bukan Islam amat/sangat2 mahir dengan kemahiran, tapi mereka sebenarnye tak ada ilmu. Ilmu yang sebenarnya adalah ilmu agama. Jadi hanya muslim sahaja yang betul2 dapat Ilmu dan dapat amalkan.

Aku sebenarnya terkilan dengan diri sendiri, Ilmu agama sangat2 cetek, tetapi kemahiran dunia, alhamdulillah aku dapat kuasai sedikit2. Untuk keperluan mungkin sudah mencukupi tapi manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada.

Terlalu skima plak malam ni. =P

Contoh kejayaan dunia yang sementara yang kadang2 buatkan aku bersemangat untuk belajar kemahiran lagi.

Kelmarin aku pi sekolah lama, Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu, jumpa dengan teacher. Teacher terus panggil nama aku, terharu beb, teacher ingat nama aku, tapi aku boleh lupa namanya. Suka dia apabila aku masuk paper, aku senyum sambil dalam hati. Dunia alhamdulillah aku dapat, akhirat belum tentu lagi. Tak sampai 5 minit cakap dengan teacher Ustaz Pok Nik Mat datang. Terus dia peluk aku, malu aku, huhu. Rupanya cikgu kat maahad tau aku masuk paper. Tapi dalam masa yang sama aku fikir, aku pernah buat maa aku nanges sebab salah aku, dan aku juga pernah buat maa aku nanges sebab kejayaan kemahiran dunia aku, sekarang ni aku pernah buat tak maa aku nanges sebab kejayaan akhirat aku?

InsyaALLAH, aku cuba juga untuk memberi kejayaan akhirat untuk maa aku pulak.. Walaupun aku “susah” untuk belajar Alim. Tapi aku azamlah nak belajar Alim nanti. Hanya kejayaan akhirat sahaja yang membuka pintu syurga untuk kedua ibu bapa dan diri ku sendiri.
Mungkin post ni akan aku tengok apabila aku berada dalam keadaan malas dan senang.

Cukup setahun aku bekerja 1 Mac 2011 hingga 1 Mac 2012. Esok 7 Mac bermulanya era pelajar balik. InsyaALLAH setahun lagi 10 Mac 2013, ada rezeki umur panjang jodoh panjang, kahwinlah jawapnya =)

Related Posts with Thumbnails