Assalamualaikum,

Pepatah arab ada menyebutkan :

Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu

Quote ini aku perolehi di buku yang aku baru sahaja sedang menelaahnya. Iaitu buku “Aku Terima Nikahnya”. Walaupun aku dah tahu buku ini laris di pasaran, tapi tidak tergerak hati aku untuk membelinya, sehinggakan si dia bertanya tentangnya. Aku terus mencari buku tersebut di kedai buku bawah Menara TM, Bangsar. Alhamdulillah, walaupun kena tunggu hampir seminggu, aku sanggup tunggu kerana ternanti2 apa isi kandungan buku tersebut.

Kompilasi 3 buah buku terbitan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini benar2 menyentuh jiwa dan perasaan. Sememangnya banyak ilmu dan pengalaman emas yang boleh di kaut dan di laksanakan sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Sangat sesuai untuk orang yang akan meningkat remaja, golongan yang akan berkahwin, sedang berkahwin dan sudah lama berkahwin.

Buku pertama beliau iaitu Aku Terima Nikahnya:

telah berjaya menjadi National Best Sellers, dengan 40 ribu naskhah terjual pada dua tahun pertama penerbitan.

Beliau juga telah menulis enam buah buku iaitu, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA:,

MURABBI CINTA:,

RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA.

Apa yang boleh aku katakan aku lebih sukakan buku motivasi berdasarkan kepada pengalaman seseorang dan ternyata tak sia2 aku membelinya. Jazakallahu Khairan Kathira kepada si dia :)

 

Aku baru sahaja pulang dari membeli belah bersama2 dua orang adik kesayangan ku, Ahmad dan Nuha. Gembira hati aku apabila melihat gelagat diaorang bergurau senda, aku harap aku akan melihat keadaan ini sampai ke tua. Amin..

Sampai ke rumah aku tak boleh nak buat apa2, badan dah letih, cuba untuk tidur, tapi Allah uji dengan sakit gigi semakin kuat. Aku cuba untuk bersabar dan cuba tidur. Tidak ada kekuatan untuk menahan sakit gigi ni. Makan ubat pun masih tetap sama, betullah ubat tidak membawa apa2 mudharat kepada manusia, tidak menyembuhkan dan tidak memberi sakit, tapi Allah Taala yang memberi mudharat kepada manusia. Dia lah yang memberi sakit dan memberi sembuh.

Fikiran aku melayang tah kemana, nak tidur tak dapat, cuba untuk membaca quran, tapi gigi sakit, jadi aku buat keputusan untuk membaca satu tajuk sahaja Aku Terima Nikahnya kerana kepala ku pening2 lalat. Habis membaca, aku terasa sedikit kekuatan untuk menulis blog tentang buku ini. Benda yang baik kena sebar2kan. Dapat profil lengkap Ustaz Hasrizal. Bagus betul penulisan beliau, semoga Allah murahkan rezeki dan berkati hidup beliau.

Sebenarnya post kalu ini aku nak gitau tentang quote yang kat atas tu, tapi dah terpesong sedikit, badan pun tak larat, Allah tak izinkan, lain post, insyaALLAH, Allah bagi kekuatan, akan aku tulis berkenaan quote di atas. Akhir kalam, wassalam
edited: berkenaan dengan quote di atas, klik di sini.

Related Posts with Thumbnails