Assalamualaikum,

post kali ini aku akan terangkan apa yang aku nak terangkan semalam berkenaan dengan quote pepatah arab ni:

Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu..

Ianya sebenarnye berkaitan dengan diriku sendiri :'(. Aku banyak harungi pengalaman sebagai seorang remaja yang dahagakan ilmu dan pengalaman, tapi banyak kali aku jatuh dan bangun kembali. Akhirnya aku tahu kenapa aku banyak kali jatuh.
Hal ini kerana banyaknya masa lapang yang aku ada di bazirkan dengan aktiviti duniawi. Aku tidak nafikan yang aku sama seperti remaja2 yang lain. Yang lagho dari kerja agama. Asyik2 dunia sahaja yang aku gunakan time ada masa lapang. Betullah kata2 pepatah tersebut,

pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu..

Jadi apa perlu kita lakukan sebagai seorang muslim/muslimat yang berbawa perwatakan Islam ini? Aku syorkan beberapa perkara yang boleh di lakukan:

5.00 pagi hingga 7.00 pagi = selepas sembahyang subuh, tak kira korang sempat berjemaah ke lewat subuh ke bangun awal waktu ke, cuba istiqamah dengan membaca quran dan baca tafsirnye juga. InsyaAllah berpagi2 dengan Al-Quran lagi bagus dan afhal daripada berpagi2 dengan facebook! Ambil masa 10 hingga 20 minit juga untuk luangkan masa bermesyuarat agama di rumah atau di masjid. Supaya ada kerja agama yang boleh di lakukan dalam sehari ke sehari.

7.00 pagi hingga 8.00 pagi = dengar ceramah di tv9 atau di mana2 yang boleh di dengari. Sebaiknya bukan ceramah politik yang menambah busuk hati!

8.00 pagi hingga 6.00 petang = pergi kerja atau pergi kelas dengan semangat yang berkobar2 untuk membawa dakwah nabi dan juga niat untuk belajar. Semoga Allah terima perbuatan yang sedikit yang kita lakukan ini. aminnn

7.00 malam hingga 10 malam = penuhi dengan kerja agama. Nak belajar kitab ke, dengar ceramah ke, pi usrah ke, keluar tabligh ke. Asalkan kerja agama yang memberi kepuasan ke hati, iman dan jiwa kita. Kalu menambah busuk hati, jangan sesekali involve ok!
Balik rumah, pastikan baca taklim, yakni baca hadith2 nabi. Yang nilah yang dapat menghidupkan roh(nur) di sekeliling rumah. Bukan bukak tv tengok cite hantu ramai2. Roh lain yang hidup!

11 malam hingga 12 malam = persediaan untuk tido malam, mana2 yang belum kahwin, jangan khayal sudah kahwin! termasuk aku, ciss

dengan buat apa yang aku syor ni. InsyaALLAH masa lapang anda akan terisi dengan sempurna. Bagi yang dah kahwin, bermesyuaratlah dengan pasangan anda bagaimana ingin tunaikan hak rumah supaya rumah ada nur dan malaikat rahmat suka untuk ziarah rumah dan juga bagaimana untuk uruskan supaya pasangan anda sama2 jalankan kerja dakwah tak kira di mana kita berada.

Bagi yang belum berkahwin macam aku ni, pastikan kutip ilmu agama, dan juga buatlah amal sebanyak mungkin, dan beristiqamah dalam mengamalkan perkara2 agama supaya kelak, dapat membimbing isteri dan anak2 ke jalan yang betul. Sekarang zaman fitnah, zaman fasya’ dan mungkar, zaman zina bermaharajalela, zaman agama di tinggalkan, dunia di agung2kan, zaman muzik2 di lafazkan mudah berbanding ayat quran, zaman pelakon di angkat2 nabi di hina2kan. Bersedialah anak muda sekalian, janganlah di sebabkan banyak masa lapang mu di habiskan dengan duniawi, kamu rela agama mu di lelong dan di pijak2! Ayuh! bangkit dari lamunan! Sesungguhnya salah seorang yang akan berada di bawah arash ALLAH adalah remaja yang hatinya terpaut dengan masjid!
Ayuh berjemaah di masjid!

Related Posts with Thumbnails