Assalamualaikum,
sekarang waktu menunjukkan pukul 2.15 pagi. Aku tak dapat tidur, fikiran ku melayang layang tentang keadaan dunia sekarang yang semakin hari semakin menunggu masa untuk hancur berderai di sebabkan fikiran dan tindakan manusia yang bernafsu haiwan merosakkan dunia ni. Begitulah keadaan dunia yang sementara ini, walaupun akan hancur tidak lama lagi, tapi dunia inilah yang di sanjung tinggi oleh golongan yang tidak mahu menerima hakikat bahawa akhirat adalah tempat yang selama-lamanya. Walaupun ada golongan yang percaya tentang akhirat dan hampir tiap-tiap hari memberi peringatan tentang akhirat, tetapi tetap juga hatinya terpaut dengan penipuan dunia. Walhal sanggup lagi menjual maruah agama semata-mata untuk menambah rezeki katanya. Hempehh!

Post kali ini agak terlalu sensitif sedikit. Jadi untuk tidak membuatkan mana-mana pihak sensitif, sesiapa yang membaca post ini haruslah menerima ujian saringan dahulu sebelum membacanya dan kalau tak berjaya melepasinya, harap jangan teruskan pembacaan anda, kerana di akhir post, anda akan merasa sakit hati yang amat sangat dengan post aku ni. Jadi lepasi dulu ujian saringan aku ini, jika sudah lepas dan berbuka hati, baharulah boleh teruskannya. Cess, mengada-ngada sangat aku ni bak kata si dia :P.

 

Ujian saringan bermula:-

  1. First off all, lapangkan hati anda. Buangkan tentang penyakit asobiah yang melampau-lampau dalam diri tu. Tak kira anda di dalam parti politik mana2 pun. Pastikan anda mind set dalam fikiran anda yang aku ni bukan dari mana-mana politik. Aku ni dalam agama Islam tidak berlandaskan mana-mana politik! Mind set! Paham! Kalu tak dapat, tak yah baca no 2!
  2. Dah lepas no 1 yang susah tu, saringan ke dua pula. Tadi lapangkan hati, sekarang lapangkan minda dan fikiran anda. Supaya anda tidak terbawa-bawa fikiran politik semasa membaca ayat seterusnya! Tukarkan dari minded politik kepada minded Islam! Dah lepas tu, pi terus saringan ke tiga.
  3. Lapangkan segala anggota tubuh badan anda yang anda sekarang bukan berada di dalam negara Malaysia yang di cintai ini. Tapi anda berada di atas Kapal Angkasa yang Syeikh Muzaffar Syukur tu naik. Bukan duk saja-saja atas kapal, tapi tengok dunia yang indah ni berputar dengan kuasa Allah. Tengok dunia betul-betul. Eleh keciknye Malaysia ni sebenarnye. Berapa kali ganda kalu nak sama dengan Afrika tak tau ni.
  4. Dah dapat melayang jauh tu, sekarang cuba bayangkan anda sedang memegang sebatang pen dan di depan anda ada peta dunia, kalu nak lukis kat dunia tengah berputar tu mustahil, atas peta lah senang-senang. Sekarang cuba bulatkan negara yang betul-betul mengamalkan Islam dan Islam memang betul-betul membangun dengan adil dan saksama. Tidak ada perang-perang, bom-bom, tidak ada pertelingkahan bab-bab feqah, tidak ada masalah asobiah kat dalam diri masing-masing dan tidak ada masalah perkauman. Bulatkan mana-mana negara yang mematuhi kretirea-kretirea yang aku sebutkan tadi. Bulatkan cepat-cepat. Dah bulatkan terus pi saringan ke 5!
  5.  Apa?! Tak dapat bulatkan? Tak ada ke? Kenapa tak ada? Jadi mana politik Islam yang betul-betul Islam? Yang tidak ada masalah asobiah, yang tidak ada masalah perkauman, yang tidak ada masalah pertelingkahan bab-bab feqah, yang tidak ada masalah tuduh menuduh, caci mencaci, fitnah mengfitnah, kafir mengkafir?Ujian saringan dah tamat…..Jika anda berjaya melepasi ujian saringan ini, maka anda telah berbuka hati dan ingin mengetahui mana politik Islam yang sebenar.
    Sebelum aku menulis lagi, ingin aku pesan bahawa apa yang aku tulis ini berdasarkan pengalaman dan perbincangan yang aku lakukan bersama-sama sahabat ku. Jadi jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat aku, maafkanlah aku, aku tidak ada ilmu agama yang kuat, amalku tak bagus. OK! teruskan!

    Aku copy and paste hadis dari satu laman web.

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda, “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.”

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Aku nak terangkan ayat yang aku highlightkan itu sahaja, kalau aku highlightkan yang pemimpin tu, nati orang kata aku orang UMNO plak. Eh, aku plak yang bawa politik, buang jauh2!! syuhh!!

OK!

edit post – hampir sebulan aku biarkan post ni. Aku tidak ada idea untuk menyambungnya. Dan disebabkan kemalasan yang di tahap yang melampau, aku biarkan post ni bersarang begitu saja. Sekarang baru teringin untuk menyambungnya semula.

Apa itu politik Islam? Adakah ianya politik yang berkonsepkan demokrasi yang di war-warkan oleh golongan yahudi? Atau demokrasi yang di war-warkan untuk laksanakan kerajaan Islam di sesebuah negara? Ada ke demokrasi cara Islam?

Banyak persoalan yang bermain di minda aku. Dan aku bermuzakarah dengan kawan ku tentang hal ini dan mencapai satu kesimpulan yang mudah dan simple.

Politik Islam yang betul adalah politik yang di buat dan di susun oleh Nabi Muhammad SAW. Bukannya politik Islam yang di perbaharui dan di tambahi (bidaah). Yakni politik Islam yang berlandaskan demokrasi yahudi. Apa itu demokrasi yahudi? Yang aku faham adalah demokrasi yang bertindak/berperang/meminta-minta benda yang tidak ada. Yakni benda yang tidak mencukupi hidup di dunia. Contoh yang terbaik adalah berkenaan dengan ketidak puasan hidup di dunia ni. Contoh simple. Tak puas hati dengan masalah maksiat terlalu banyak di negara Malaysia ni. Caranya dengan marah-marah/caci mencaci/kafir mengkafir/fitnah mengfitnah/tuduh menuduh kepada kerajaan dan sebaliknya sama juga di balas dengan marah-marah/caci mencaci/kafir mengkafir/fitnah mengfitnah/tuduh menuduh kepada pembangkang. Ini ke demokrasi Islam? Tak, ini demokrasi yahudi laknatullah!

Dengan menggunakan sistem demokrasi yahudi inilah menyebabkan hati dan naluri kita di perjudikan untuk politik semata-mata. Bukan untuk agama. Tapi untuk kepuasan duniawi semata-mata. Sebenarnya kita hanya marah-marah/caci mencaci/kafir mengkafir/fitnah mengfitnah/tuduh menuduh apabila keperluan duniawi kita ini di rampas/curi/tipu, padahal dalam masa yang sama, keperluan agama kita, kita tinggalkan. Inilah hasil dari demokrasi Islam berlandaskan hukum yahudi bukan hukum Islam yang sebenar.

Politik Islam yang sebenarnye adalah politik Khilafah. Bukan demokrasi tapi Khilafah. Yang mana keperluan agama di titik beratkan bukan keperluan duniawi semata mata. Khalifah sibuk memikirkan tentang masalah umat yang jauh menyeleweng dan Khalifah akan menghantar beberapa angkatan panji hitam untuk menyedarkan mereka dan menarik nusrah Allah kepada umat akhir zaman ini. Manakala pemimpin politik yang berlandaskan politik Islam yang menggunakan hukum yahudi ni duk sibuk fikir tentang masalah tak cukup duit/masalah nak bangunkan bangunan/masalah duniawi. Tapi masalah akhirat hanya tempias-tempias sahaja. Inilah yang membezakan antara politik Islam yang sebenar dengan politik Islam yang bidaah!

Jadi masih ade lagi kah politik Islam yang sebenar? Masih ada lagikah politik Islam yang betul-betul mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW? Masih ada lagikah sistem Khilafah di zaman fasha’ dan mungkar ni?
Jawapannya YA! Masih ada lagi dan sedang berkembang pesat di seluruh dunia! Betul-betul 100% mengikut sunnah Nabi Muhamamd SAW. Tidak campur adukkan antara dunia dengan akhirat. Hati betul-betul di serahkan kepada ALLAH.
Jadi di manakah sistem Khilafah ini di gunakan?
:)

Tepuk dada tanya iman. Fikir sejenak. Mana satu jemaah Islam yang semua kaum, semua negara, tak kira tua muda kaya miskin join? Tak kira pas ke umno ke semua boleh join. Tidak ada masalah politik, marah-marah/caci mencaci/kafir mengkafir/fitnah mengfitnah/tuduh menuduh, semuanya TIADA! Yang ada hanyalah sunnah Nabi Muhamad SAW.

Hanya dengan satu fikir, iaitu fikir risau Nabi dan juga fikir iman, jemaah ni bergerak ibarat seperti kapal terbang. Di bumi di lihatnya perlahan. Tapi keadaan sebenar berjalan dengan kelajuan yang laju!

Fikir-fikir kanlah dan selamat beramal dengan sunnah Nabi Muhammad SAW :)

Related Posts with Thumbnails