* di tulis ketika kelopak mata masih tidak dapat menutup mata yang dah merah mengantuk.
* pukul 12.45 am.
* lokasi rumah Abang Arsyad.
* 11 jam sebelum majlis resepsi pengantin baru (Abang Arsyad & Kak Asma’) di Restoren Nelayan, Titiwangsa.

Perbualan antara dua sahabat.
* berlaku di sepanjang jalan bertar baru. Masih berbau tar. Jalan baru katakan.

A: kau camne sekarang? Lama tak dengar khabar?

B: camnilah. Membuncitkan diri.

A: macam2lah kau ni. Hahaha. Emm. Aku dah lama tak tengok post kau kat fb. Dah delete fb k?

B: entahlah. Aku on je tapi tak update2 pun. Malas aku. Buang karen je. Kau je yang rajin update. Rajin kau. Bagus2.

A: takdelah rajin pun. Tapi aku ambil kesempatan untuk berdakwah dalam fb ni. Ni saham akhirat kita. Setiap perbuatan yang kita lakukan walaupun kecil akan di kira tau. So rugilah kalu tak ambil kesempatan yang ada kan?

B: betul3 (sambil buat muka comel upin ipin). Aku setuju sangat2 apa yang kau katakan tu.

A: dah kalu tau asal tak buat? Dulu kau banyak gak post hal2 agama dan dakwah. Tapi kenapa senyap je sekarang?

B: aku bukan tak nak. Tapi aku tak ada kekuatan. Tiap2 manusia Allah jadikan ada kelebihan dan kelemahan. Kelebihan kau, kau suka dakwah dan post2 agama tanpa rasa riak dan takabbur walaupun sikit. Kau selesa dengan cara tu. Baguslah. Tapi kelebihan kau tu adalah kelemahan aku. Aku tak boleh ada orang like dan suka status aku. Nanti ade sedikit perasaan riak dan takabbur dalam hati aku ni.

A: bro, semua orang macam tu. Tak boleh lari dari perasaan tu. Tapi alah bisa tegal biasa. Lama2 hilanglah perasaan tu.

B: betul. Tapi sebab aku tak ada kekuatanlah aku tak mampu buat.

A: aku faham. Ok macam ni. Cuba kau bayangkan. Dengan kehebatan sains dan teknologi yang begitu canggih ni. Apa kata kau create akaun fb baru tapi letak nama lain. Hamba Allah ke. Pemuda Islam ke.

B: kalu buat camtu, boleh hilang ke perasaan riak dan takabbur aku ni?

A: at least kau dakwah kan? Rugilah kalu tak gunakan teknologi yang serba canggih ni.

B: betul tu. Tapi apa yang aku tau. Tu memang kelemahan aku. Aku tak dapat nak atasinya.

A: cubalah. Takkan sebab tu kau nak tinggalkan dakwah? Sayanglah.

B: aku tak tinggalkan bro. Tapi aku gunakan cara dakwah yang lagi mendapat ganjaran yang tinggi.

A: ek? Kau tulis novel k?

B: ape ke bende kau ni. Aku nak tanya soalan simple kat kau. Apa cara Nabi dakwah? Dari zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad?

A: emm. Apa yang aku tau. Pergi ke tiap2 rumahlah.

B: konsep sama tak ngan fb?

A: apa tak samanya. Lagi baguslah guna fb. Lagi cepat dan pantas. Hanya satu klik sahaja dah semua orang boleh baca. Tak yah bazirkan tenaga ketuk pintu.

B: jadi cara atau kaedah Nabi ni tak sesuailah pada zaman sekarang?

A: bukan tak sesuai. Tapi kitakan ada teknologi. Kenapa tak gunakan je. Membazirlah kalu camtu.

B: ok. Jadi cara ni adalah sunnah ke tak?

A: aku tak pastilah. Tapi tak wajib pun kena pi ketuk2 pintu ni. Kat fb pun boleh gak. Dapat pahala.

B: ok. Apa maksud sunnah yang kau faham?

A: yang aku faham la. Sunnah ni apa2 yang dilakukan oleh Nabi adalah sunnah dan mendapat pahala bagi yang laksanakannya.

B: jadi adakah sunnah cara dakwah dari rumah ke rumah pintu ke pintu?

A: sunnah kot. Tak pastilah.

B: pulak. Emm. So masih releven tak cara ni pada zaman sekarang?

A: aku rasa tak kot sebab tak sesuaila. Sekarang kan semua orang ade internet dan fb. Dakwah je dalam tu. Kalu rumah ke rumah ni. Makan masa dan tenaga la. Malu weh nak cakap2 depan orang ni.

B: emmm. Ok. Satu soalan lagi. Sugi sunnah ke tak?

A: sunnah tapi kan ke ada dalam hadis yang Nabi kata lebih kurang maksudnya. Kalu tak memberatkan umat ku. Akan ku wajibkan bersiwak sebelum solat. Tak semestinya bersugi kan? Berus gigi pun boleh. Lagi bagus kalu guna ubat gigi yang boleh menguatkan gigi tu.

B: nabi pun guna berus gigi k sugi?

A: sugila. Mana ada berus gigi masa tu.

B: jadi sugi ni sunnahlah?

A: sunnah kot tapi kan bagus guna ubat gigi yang di syorkan oleh doktor? Sesuai dengan masalah gigi kita.

B: hemm (sambil2 menggaru kepala yang tak gatal). Ok. Dari segi pakaian pula. Apa pakaian kesukaan Nabi? Yakni sunnah pakai?

A: mestilah jubah.

B: jadi masih releven ke jubah pada masa sekarang?

A: releven tapi kena pada tempatla. Takkan nak pakai jubah time pi meeting kot (sambil tersenyum kambing). Buat semayang oklah.

B: hemm(semakin rumit. Garu dan garu lagi). Ok. Last question. Apa sistem kerajaan yang Nabi gunakan? Yakni sunnah.

A: mestilah sistem khalifah. Sistem perbankan Islam. Sistem hudud. Banyak kot.

B: masih releven kah semua tu di zaman serba moden ni?

A: mestilah. Itulah titik tolak kepada pembangunan insaniah. Apabila sistem Islam terlaksana barulah aman damai dunia ni.

B: betul k releven? Aku cam tak yakin je?

A: kau biar betul. Yang ni lah kita kena dakwahkan. Kembali kepada Allah, kembali kepada sunnah. Hidupkan sistem Islam. Hudud.

B: aku tak percaya ianya releven sebab macammana orang tak percaya sunnah Nabi yang simple tu tak releven nak naikkan sunnah Nabi yang berat?

A: maksud kau?

B: sunnah yang kecil di tinggalkan tetapi ingin lakukan sunnah yang besar. Sedangkan sunnah yang kecil itulah baru bermulanya sunnah yang besar. Dalam sunnah ada kejayaan. Macammana nak capai kejayaan jika sunnah di anggap tak releven dan tak sesuai? Sunnah Nabi pun ada masa dan tempat pulak tu. Sepatutnya sunnah Nabi di dahulukan dari apa2 prkara baru. Sunnah nabi sesuai tak kira tempat, keadaan dan masa. Hatta planet namek pun pakai jubah tau(sambil teringat muka pikor yang warne hijau dan dende yang pakai jubah)

A: (masih lagi bingung)

B: (sambung lagi). Kita syok sendiri sebenarnya….

A: err. Maksud kau?

B: kita anggap apa kita lakukan merupakan cara yang paling berkesan untuk dakwah orang. Sedangkan Nabi sudah buatkan jalan kerja yang sempurna untuk dakwah. Tapi kita degil dan nak gunakan cara mengikut kepandaian sendiri. Cara kita takkan sempurna.
Tukar lagi ubah lagi sampailah rasa sesuai dan releven dengan semasa. Sedangkan cara Nabi, sunnah Nabi adalah yang paling sesuai tak kira dimana anda berada (macam iklan digilah plak).

A: ubah sampai sesuai? Tak faham.

B: cuba kau bayangkan. Sebelum adanya teknologi internet. Apa dakwah yang di lakukan?

A: mestilah melalui radio, surat khabar, sekolah2, madrasah2.

B: jika sampai saat internet sudah tiada dan bekalan letrik sudah habis. Apa cara dakwah yang paling sesuai?

A: rumah ke rumahla. Yang tu je boleh buat

B: itulah yang aku ingin katakan. Orang akan cari dan cari dakwah yang paling sesuai dengan dirinya. Sedangkan Nabi telah ajar caranya. Buat ape susah2 cari kaedah lain. Kalau cara Nabi tak releven buat masa moden ni. Nabi takkan tunjuk cara dakwah ni. Tapi kerana ianya melampaui zaman. Nabi ajarkan satu2.

A: so maksud kau. Berdosakah kalu aku tak guna cara Nabi ni?

B: bukan berdosa tapi rugi yang amat kerana suatu masa nanti, kau akan ubah cara dakwah kau mengikut keselesaian kau. Bukan mengikut cara sunnah lakukan. Dalam sunnah ada kejayaan percayalah.

A: (telan air liur)

B: dakwah cara moden. Tinggalkan kopiah tinggalkan jubah tinggalkan pakaian2 nabi tinggalkan cara sunnah2 nabi semata2 untuk berdakwah. Aku rase macam perli sunnah pun ada. Dan declare. Saya tak pakai kopiah sebab nak mudah dakwah orang. Kalu pakai kopiah nanti orang lari. Nafsu2. Gunakan nafsu fikiran untuk melawan sunnah. Tah ape2.

A: (telan air liur lagi. Gurlp)

B: untuk dunia sanggup bercakap lama2, tapi akhirat. Tak leh lama2, panas katanya.
Untuk dunia sanggup tinggalkan isteri 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Tapi untuk akhirat tak sanggup tinggalkan isteri untuk 2,3 hari, 39,40 hari, 3,4 bulan.
Untuk dunia sanggup bazirkan wang ke jalan yang tak de faedah. Tapi untuk akhirat tak sanggup masuk tabung masjid walaupun seringgit seminggu di waktu tabung sedang digerakkan ketika khutbah sedang di baca.
Untuk dunia sanggup tinggalkan sunnah semata2 untuk akhirat. TAPI UNTUK AKHIRAT SANGGUP TINGGALKAN SUNNAH SEMATA2 UNTUK DUNIA.

Imam Al Qadhi ‘Iyadh Al Yahshubi berkata, “Ketahuilah bahwa barangsiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha meneladaninya. Kalau tidak demikian, maka berarti dia tidak dianggap benar dalam kecintaanya dan hanya mengaku-aku (tanpa bukti nyata). Maka orang yang benar dalam (pengakuan) mencintai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah jika terlihat tanda (bukti) kecintaan tersebut pada dirinya. Tanda (bukti) cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang utama adalah (dengan) meneladani beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang beliau (contohkan), dalam keadaan susah maupun senang dan lapang maupun sempit.” (Asy Syifa bi Ta’riifi Huquuqil Mushthafa, 2/24)

tambahan yang sangat2 bagus dan bermakna!

copy paste from http://www.facebook.com/Ibnubatoota/posts/353436161410484 

Persoalan:
1) ” Jubah,serban tu semua bukan sunnah nabi,jubah tu budaya orang arab…!kalau nabi diturunkan kat china atau india tentu pakaian diorang nabi pakai…! ”

2) ” yang sunnah tu cara pakai,bukannya apa yang dipakai,kalau semua nak ikut nabi,pegila naik unte… ”

3) ” pompuan arab pakai purdah tu sebab kat arab takut pasir kena muka..! ”

Ibnu batoota:

1) nabi tiru orang arab ke atau orang arab tiru nabi-nabi allah?kenapa nabi-nabi lain yang bukan arab memakai jubah dan serban?kenapa ada riwayat menyebut malaikat memakai serban dan jubah?seperti nabi isa,mahsyur sekali baginda memakai jubah hinggakan orang kristian pun akui jesus memakai jubah,sebab tu mereka lukis gambar jesus memakai jubah dan paderi mereka juga pakai jubah sedangkan jesus dan majoriti kristian bukannya orang arab???sebenarnya jubah,serban,janggut dan semua yang ada pada nabi tu bukannya budaya arab tapi ia adalah pakaian standard para anbiyya a.s yang dijadikan budaya oleh orang arab kerana pengaruh nabi muhammad yang kuat di tanah arab,ia adalah pakaian tawadhuk dan paling sempurna,selesa dan menutup aurat sepenuhnya.JUJURLAH PADA DIRI!apakah kalian merasa tenang apabila melihat seorang lelaki memakai jubah,serban,berjanggut walaupun pemakainya itu orang biasa?atau kalian lebih tenang dan sejuk melihat seorang lelaki dalam baju kot hitam bertali leher seperti rabbi yahudi walaupun pemakainya itu seorang ustad????kenapa begitu?kerana nur nubuwwah itu terpancar kepada pemakainya dan menyejukkan mata sesiapa sahaja yang melihatnya……..

Maka kenapa timbul puak yang cuba untuk jauhkan umat islam dari pemakaian para nabi????
Kenapa mesti agungkan fesyen moden????
Memang lah pakai jubah serban tak wajib dan tidaklah haram memakai t shirt dan jeans sahaja,tapi kenapa mesti berkelakuan seolah-olah pakaian rasulullah dan para anbiya itu tiada nilai dan harga sampaikan ada yang mendakwa ia budaya semata-mata,tak dapat pahala pun….sedangkan segala yang ada pada diri nabi adalah yang terbaik..!
Termasuk pakaian nabi adalah pakaian yang terbaik…!
Kalau pakaian kot dan tali leher itu lebih baik disisi allah,tentu saja allah akan lahirkan nabi muhammad di kalangan mereka…
Kalau baju china dan india lebih baik,tentu saja allah akan takdirkan nabi lahir di kalangan mereka….
Apa secara ‘kebetulan’ je ke allah lahirkan nabi dikalangan orang arab yang memakai jubah secara adat?
Kebetulan ke????

2) betul,cara pakai juga sunnah,begitu juga apa yang dipakai juga sunnah…cara pakai seperti mulakan dari bahagian kanan,menutup aurat,tiada gambar makhluk bernyawa pada baju,tidak meniru-niru budaya kafir,sopan,kemas,bersih,semua itu insyallah dapat pahala ‘”cara sunnah pakai pakaian”…bagi yang pakai jubah serban dengan niat mencontohi nabi pula insyallah mendapat pahala “sunnah memakai pakaian nabi…”
Hujah itu benar,tapi jadi masalah bila sengaja nak merendah-rendahkan fesyen anbiya a.s….seolah-olah fesyen-fesyen bodoh zaman sekarang ni lebih baik dari fesyen nabi-nabi….bab naik unte tu,kalau naik unta dengan niat kerana nabi naik unta pun insyallah akan dapat pahala..masalahnya unta susah nak carik,jubah senang je cari,tambahan lagi zaman sekarang dah ada kereta,lebih mudah,jadi naik lah kereta…dalam bab pakaian langsung tak boleh disamakan dengan bab kenderaan,kerana pakaian tak boleh di upgrade seperti mana kenderaan…unta kalau naik,lambat sampai,kalau naik kereta cepat sampai,jadi naik lah kereta sebab ia satu kemudahan,kalau pakaian pulak,apa kejadahnya nak jadi kemudahan lagi?fungsinya menutup aurat,nak upgrade ‘kemudahan’ nya jadi apa lagi?nak jadi baju iron man?kalau compare kereta dengan unta,maka jubah pon kena compare dengan baju iron man lah……..berat nanananananananangggg…..

3)dalam tafsir ibn kathir rah,telah dibawakan kalam saidina ibn ‘abbas r.a berkenaan ayat quran: ” an yudniina ‘alaihinn min jalaabihinna ” ( supaya mereka mengenalan ke atas diri mereka akan jilbab mereka )…

Ibn abbas menafsirkan: ” allah memerintahkan para wanita mu’min,apabila mereka keluar daripada rumah mereka di dalam keadaan KEPERLUAN/HAJAT (menunjukkan wanita hanya keluar atas hajat/keperluan), supaya mereka MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA mereka daripada atas kepala mereka dengan jilbab-jilbab dan hanya menampakkan mata sahaja (untuk MELIHAT bukan untuk DILIHAT)…. ”

Maka dari tafsir seorang sahabat nabi yang merupakan sepupu nabi dan juga seorang mufti dan ahli tafsir di kalangan para sahabat,wajah wanita itu adalah aurat yang wajib ditutup auratnya…maka adalah kebodohan yang sangat melampau melepasi had maksimas apabila ada pihak mendakwa ‘purdah tu cuma adat sebab takut pasir…’ sedangkan IA WUJUD DALAM SYARI’AT….

(maaf,saya bukan nak bahas hal purdah,tapi cuma nak bagitau yang purdah itu bukan adat tapi ia wujud dalam syariat,maka hentikan dakwaan bodoh yang menyatakan ianya adat semata-mata….sekadar rujukan:berkenaan hal purdah,khilaf ulama mengenainya ada 2 fatwa yang mahsyur iaitu yang pertama,wajah dan tapak tangan itu aurat seperti bahagian aurat yang lain,banyak sekali dalilnya dari quran dan hadis hinggakan ulama mazhab syafie telah memilih ia sebagai fatwa muktamad mazhab seperti yang dibahaskan dalam kitab fathul mu’in.manakala pendapat kedua ialah muka dan tapak tangan bukanlah aurat SELAGI TIDAK MENIMBULKAN FITNAH,maka ia tetap jadi aurat kalau timbul fitnah,fatwa ini mahsyur di dalam mazhab hanafi dan maliki sebagai fatwa muktamad dan terkuat sedangkan fatwa yang sama ini disisi ulama mazhab syafie adalah pendapat daif atau pendapat kedua,dan pendapat kedua inilah yang menjadi pegangan majoriti mufti dan ustad yang mengajarkan wanita bermazhab syafie di malaysia,indonesia kerana bagi mereka wanita malaysia ‘belum bersedia’ menerima fatwa muktamad memandangkan masih ramai yang rambut-percuma(freehair).)

Note: penat mata membaca penat lagi jari menulis dan otak memerah……..currently at sepang..tunggu flight esok insyallah……

Related Posts with Thumbnails