Copy paste dari blog Maulana Fahmi

Belum pun bermulanya cuti sekolah lagi mesyuarat di halaqah Selayang dah bawak fikir dari markas Malaysia, Masjid Sri Petaling, untuk keluarkan jemaah pelajar sekolah menengah. Jadi, usaha ziarah dah pun giat berjalan untuk jumpa setiap pelajar di Marhalah (kampung) sendiri dan mak bapak mereka supaya dapat kami bentuk jemaah sempurna dari marhalah masing-masing. Alhamdulillah, selepas beberapa orang yang kami jumpai, dapat lah beberapa orang yang sedia untuk belajar-belajar untuk keluar di jalan Allah. Tarikh yang diputuskan untuk keluar dari marhalah saya ialah pada 1 Disember 2012, yang mana tarikh ini diambil supaya semua pelajar SPM di marhalah kami dapat turut serta dalam jemaah. Alhamdulillah, azam kami untuk bentuk jemaah sempurna diterima Allah. 2 orang pelajar SPM, 1 orang pelajar PMR, 1 orang pelajar tahfiz dan abg Hashim salah seorang jemaah dari Taman Fadason adalah antara orang yang baru kali pertama keluar di Jalan Allah selama 3 hari, Jadi, kesemua 8 orang dari kami ( fahmi ghufirallah lahu, amri, lutfi, abg hashim, haris, redwan, husin (abg kepada redwan), dan fikri) berkumpul pada 1hb Dis 2012 bermula pada jam 10am.

Selepas bayan nasihat yang diberikan oleh abg Malik dari taman Beringin kami bergerak ke sebuah surau di Damansara Damai. Datangnya kami di sana bukanlah datang dengan semberono. Tetapi kami telah diberikan tempat tersebut adalah hasil dari mesyuarat dengan halaqah Kepong. Sesudah kami sampai, kami disapa oleh seorang karkun yang datang ke surau tersebut untuk bersembahyang zohor. Bertanyalah kami kepada beliau tentang perihal tempatan. Selepas asar barulah bermula kisah pengajaran kepada kami. Sampainya imam surau tersebut dengan menaiki motor, berpayung meredah hujan lebat. Pakaiannya berjubah, dan serban tak kurang juga janggutnya yang lebat. Saya amat kagum dengan kesungguhan imam tersebut untuk datang mendirikan sembahyang walaupun dalam hujan lebat. Segera saya ke arahnya dan menyambut kedatangan beliau. Sebelum ini,saya difahamkan yang beliau pun seorang karkun (nama gelaran orang buat kerja tabligh).

 

penulis : “assalamualaikum, imam ye?” . Dia pandang daku beberapa ketika. Aku terkial-kial senyum tanpa balasan. Tangan yang ku hulur pun tak dibalas.

imam : “jemaah dari mana?”

penulis : “kami dari Kepong”

imam : “masuk jemaah anta ni, dah jemaah yang ke 5-6 dah. berapa banyak jemaah nak hantar kat sini? jemaah tashkil pun satu, selalu hantar kat sini. sepatutnya setahun dalam 3-4 jemaah aje yang masuk. kalau lebih daripada tu ada lah yang tak kena. Ana bukannya tak suka jemaah datang, AJK tak suka. Hari tu dah mesyuarat dah jemaah yang masuk kena bayar bil. Tempat ni baru, belum ada sumber lagi … bla bla bla” baru dia hulur tangan untuk ditarik cepat-cepat daripada dalam salaman aku. Pergi dengan nada angkuh, tatkala daku masih kehairanan kerana kali pertama berjumpa dengan karkun yang sungguh sombong. Memang hati daku rasa tak sedap. Sesuatu akan berlaku.

Selepas bayan Kepentingan Dakwah selepas asar, imam tak duduk sekali. Kami terkial-kial mencari sesiapa yang kami boleh lawati di kalangan AJK surau. Tak menjadi masalah, kami teruskan program seperti yang dirancang. Dalam lebih kurang jam 6 petang, kami akan pergi rumah ke rumah, ziarah orang Islam, muliakan mereka dan dalam masa yang sama kami sebarkan fikir tentang kepentingan usaha atas iman.

Selesai beri adab dalam ziarah, beberapa orang dilantik untuk menjadi jemaah di luar dan beberapa orang lagi berada di dalam. Saya dilantik untuk berada di luar, beberapa orang ziarah rumah ke rumah. Sepanjang perjalan, tak banyak rumah orang Islam di sana. Dalam renyai hujan, kami bertemu dengan seorang pelajar sekolah menengah bernama Izuddin. Selesai wakil jemaah (mutakallim) ceritakan kepadanya tentang kepentingan iman, dia bersedia untuk ke masjid pada waktu tu juga. Terus dia berjalan bersama dengan seorang yang telah dilantik oleh ketua jemaah ke arah masjid. Hakikatnya, sejengkal yang dia jalan menuju ke masjid, rahmat Allah telah pun sampai kepadanya sehasta. tapi terus menerus dalam renyai hujan aku tengok dia berjalan bahkan lebih dari sedepa. Dan langkah dia kepada Allah menyebabkan rahmat Allah itu datang berlari kepada dia. Alhamdulillah.

“….barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari…” ~ mafhum hadis qudsi

Dipendekkan cerita, kami berjumpa dengan 2 orang lagi selepas Izuddin dan salah seorangnya ialah seorang Ustaz selebriti hebat Malaysia. Tak perlu daku beritahu siapa kerana takut akan berlaku pandangan buruk terhadap beliau oleh pembaca dalam penulisan ini.Sekembali kami ke masjid, kami berdoa kepada mereka yang kami jumpa tadi. Izuddin ada bersama kami. Selesai sembahyang Maghrib, ada bayan Maghrib dan Amri ditugaskan untuk memberi bayan. Semasa bayan tersebut, imam pun tidak bersama kami. Dan aku dapat tahu bahawa ada seorang yang duduk jauh dari kami, dia adalah Setiausaha kepada surau tersebut. Selesainya bayan, kami (saya dan abg malik) meluru kepadanya dan berjumpalah kami dengan salah seorang AJK surau akhirnya.

Setiausaha : U all tak sepatutnya datang sini tak beritahu. Kita ada prosedur. At least dalam 3 bulan kalau u all nak datang dah kena beritahu. Esok nanti ada program untuk orang perempuan. n bla bla bla …

percakapan yang sama imam tadi cakap. Abang Malik terus senyum dan beritahu bahawa kami diberi tempat tersebut hasil daripada mesyuarat Halaqah. Yang mana di sana sebenarnya kalau diberitahu kami tak boleh masuk ke masjid / surau tersebut, kami tak akan masuk pun. Tapi orang tempatan tak datang untuk beritahu, maka kami pun tak tahu lah macam mana status masjid / surau tu. daku pula terus senyap, menahan perasaan. Selesai dia katakan ketidakbolehan kami untuk berada di surau dia, kami bertemu lagi dengan imam yang sedang duduk di beranda. Bertanyakan rumah pengerusi, dia pun transfer ke orang lain, dan orang lain tu pulak transfer balik pada dia maka jadilah kami terpinga-pinga tanpa hasil.

Malam diteruskan macam biasa. Selepas solat Isya’, makan malam dan ta’lim akhir beserta adab tidur. Malam tu, ta’lim dibaca oleh Fikri, dan adab tidur disampaikan oleh Ust Lutfi. Izuddin dah balik dah lepas Isya’ tadi sebab dia ke masjid pun sebab tak beritahu mak dia pun dia terus pergi ke masjid lepas kami ziarah dia di rumahnya. Gembira sangat hati ni, bila dapat tengok dia datang ke masjid dengan penuh kesungguhan. Masa kami jumpa dia petang tadi, berseluar pendek dan sedang bergurau-senda dengan adik dia. Selesai program, tidur dan tahajjud. Kehadiran abang Ayub lewat malam tu sedikit sebanyak meringankan sedikit beban kami untuk kerja di esok hari. Beberapa orang bangun malam, sejuk hati aku tengok. Doakan kebaikan umat, kebangkitan umat, umat kembali kepada agama Allah yang sempurna, umat mencintai dan mengekori orang yang sepatutnya diekori iaitu Nabi Muhammad SAW. Moga doa kami ini diterima Allah.

Selepas selesai Solat Subuh, Abg Malik bagi bayan 6 sifat. 6 sifat ni adalah asas dalam kehidupan seorang muslim yang kita kena usahakan untuk ada dalam hidup kita (Kalau nak detail, jom borak). Selepas tamat bayan, kami duduk mesyuarat. Dalam mesyuarat kami, Alhamdulillah dalam 3 orang tempatan duduk bersama kami, sama-sama berikan laporan tempatan dan fikirkan bagaimana amalan agama dapat disebarkan kepada seluruh penduduk tempatan. Selesai bermesyuarat, semua digalakkan untuk habiskan zikir pagi (100 istighfar, 100 selawat ke atas nabi, 100 subhanallah walhamdulillah walaa ilaa ha illallahuwallaahu akbar).

 

Alhamdulillah di akhir aktiviti, seperti kebiasaan nabi meminta laporan daripada jemaah yang keluar, itu juga yang kami lakukan. Beberapa pelajar sekolah menengah yang bersama sama kami pun memberika respon positif. Tahu kepentingan beragama dan berazam untuk keluar lagi dan lagi memandangkan kerja dakwah ialah kerja semua orang yang mengucapkan laa ilaa ha illallaah.

Pelajar tu sekarang akan menjadi orang yang akan teruskan usaha agam di taman fadason kelak insya allah. Semua kena doakan mereka. jangan dicaci kelemahan mereka.

Ps : Post tak berapa baik rentetan ketidak celaruan sebelum dapat anak. Alhamdulillah allah kurniakan seorang cahaya mata yang bakal menjadi tentera khusus imam mahdi al muntadhar.

Related Posts with Thumbnails