HidupKu
Masa yang membunuh!
Assalamualaikum,
post kali ini aku akan terangkan apa yang aku nak terangkan semalam berkenaan dengan quote pepatah arab ni:
Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu..
Ianya sebenarnye berkaitan dengan diriku sendiri :’(. Aku banyak harungi pengalaman sebagai seorang remaja yang dahagakan ilmu dan pengalaman, tapi banyak kali aku jatuh dan bangun kembali. Akhirnya aku tahu kenapa aku banyak kali jatuh. 
Hal ini kerana banyaknya masa lapang yang aku ada di bazirkan dengan aktiviti duniawi. Aku tidak nafikan yang aku sama seperti remaja2 yang lain. Yang lagho dari kerja agama. Asyik2 dunia sahaja yang aku gunakan time ada masa lapang. Betullah kata2 pepatah tersebut,
pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu..
Jadi apa perlu kita lakukan sebagai seorang muslim/muslimat yang berbawa perwatakan Islam ini? Aku syorkan beberapa perkara yang boleh di lakukan:
More >
Aku Terima Nikahnya: Wajib Ada!
Assalamualaikum,
Pepatah arab ada menyebutkan :
Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu
Quote ini aku perolehi di buku yang aku baru sahaja sedang menelaahnya. Iaitu buku “Aku Terima Nikahnya”. Walaupun aku dah tahu buku ini laris di pasaran, tapi tidak tergerak hati aku untuk membelinya, sehinggakan si dia bertanya tentangnya. Aku terus mencari buku tersebut di kedai buku bawah Menara TM, Bangsar. Alhamdulillah, walaupun kena tunggu hampir seminggu, aku sanggup tunggu kerana ternanti2 apa isi kandungan buku tersebut.
Kejayaan dunia atau kejayaan akhirat?
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur alhamdulillah diberi rezeki bernafas dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping menghirup udara segar yang di hantar oleh Allah melalui bantuan angin2 yang mengejuk jiwa. Syukur alhamdulillh juga kerana Allah SWT masih memberi rezeki pinjaman nyawa dan anggota badan supaya melaksanakan kerja agama dengan sempurna walaupun naik turun, naik turun iman ibarat ombak rindu. ceh!
Alhamdulillah sekali lagi kepada ALLAH SWT yang masih lagi memberi nikmat Iman dan juga nikmat Islam, walaupun hambaMu ini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sempurna. HambaMu ini tidak larat untuk terima takaza/tanggungjawab agama sepenuhnya. Masih banyak yang perlu di pelajari dan di tambahi dari segi Ilmu dan Amal.
Aku merasa ingin berkongsi pengalaman dan sedikit cebisan sisa hidup ini bersama2 kawan maya ni. Walaupun aku tahu bukan ada orang singgah blog aku, tapi sekurang2nya aku boleh simpan sedikit sebanyak pengalaman aku, lepas ni boleh aku tengok balik kenangan2 lame.
Kisah sahabat akhirat =’(
Assalamualaikum, lama tidak kemas kini blog aku ni, sampaikan search kat google. redirect kepada link mane tah. baru boleh fix last2. alhamdulillah.
Aku terdetik hati nak tulis post baru ni sebab aku dah bertukar arah 360% dari seorang pekerja kepada pelajar balik. dan juga sebab utama adalah untuk aku khabarkan kisah sahabat akhirat ku =’(.
Entry kali ni agak menyentuh hati ku. aku berasa terkilan, sedih, dan banyak perasaan ketika menulis entry ini.
First off all. siapa gerakan sahabat akhirat aku? last entry akan terjawap siapa gerakannya.
Bermulanya sebelum aku habis diploma di ganu kite. Aku banyak kali fikir dan doa kepada ALLAH supaya anugerahkan kepada ku kawan yang dapat memimpin ku. Bak kata orang, nak lihat siapa diri kita, lihat siapa kawan kita. Berkawan dengan orang yang menjual minyak atar, tak calit minyak atar pun, akan terbau gak wanginnya. Oleh sebab itu, kawanlah yang menentukan samada kita ni baik atau buruk. Lagipun setelah belajar selama 2 tahun setengah, aku mungkin akan bekerja di Kuala Lumpur. Faham2lah camne keadaan Kuala Lumpur kan? Penuh dengan maksiat dan sosial yang bebas.
wah wah wahhh
Assalamualaikum w.b.t..
wah wah wahhh..itu je yang aku nak gitau..hehe. ape yang wah wah wahh tu cheroh??
haa ni nak habak ni..rupanya dah 6 bulan, repeat 6 bulan aku biarkan blog aku ni berhabuk..ni kena vakuum ni..
Kehidupan selepas graduate Diploma^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sudah agak lama benar aku tak mengkhabarkan berita kehidupan aku di bilik berita ni ek..hoho..
mungkin ada yang bertanya, tak rugi ke ade domain sendiri tapi dah berhabuk dah? aku senyum je, sebab aku tahu, mungkin berhabuk tetapi berisi!
nati aku ceritakan kenapa aku gitau berisi ek..hehe
alhamdulillah, pada 23 November, Selasa lepas, aku ke kolej aku kat Marang, belakang betul2 dengan Markas Pas..
(nilah kolejku,, waaa rindunya, rindu kelas, rindu kwn2, rindu lecturer, rindu adik2..T_T)
Minggu Orientasi Intake Julai 2010 – Multimedia College Eastern
Assalamulaikum dan selamat sejahtera,
alhamdulillah sudah selesai minggu orientasi pada minggu lepas, memang sangat2 keletihan..yelah, seminggu sebelum start minggu orientasi, keteorang dah start berkampung kat kolej..
menjadi ketua fasi ni adalah salah satu tugas yang berat dan sukar untuk aku laksanakan, yelah, banyak yang perlu di fikirkan..tapi alhamdulillah, dengan pertolongan fasi2 yang sporting gile2 ni, aku berasa sangat2 gembira dan seronok sepanjang minggu orientasi ni..terima kasih kepada semua fasi2,,kak na, kak anis, epa, mira, fida, ibu, aizat, jijie, dany, paih, paan, abe john, fadhil, zam, najmi..dan berbanyak2 terima kasih kepada abe bob, selaku penasihat kepada kami..terima kasih banyak..
ok, aku ade banyak lagi kerja yang perlu di bereskan, apa2pun, jom layan video orientasi bagi batch 15 intake julai 2010..
bagi yang xleh preview, download kt sini ek..
nati cherah akan bagi kat penghulu dan penghuluwati semua video dan gambar ek..dalam 8 gb semua..
Buka buku baru, hidup baru..
Assalamualaikum, apa khabar kawan2ku yang singgah di blogku ini? (ceh, berapo ore jah hok masuk, tu pun xmai2 dah..=P)..aku alhamdulillah sihat walafiat..
sudah 3 bulan aku tidak update blog ni.. ini di sebabkan kemalasan untuk berblogging, memang aku ni seorang yang malas, malas di sebabkan keadaan.. aku sebenarnye tidak pandai untuk menguruskan masa dengan betul, time aku jatuh, memang susah dan lama untuk bangun semula, tapi time aku naik, sekejap jer aku stabil, jatuh plak..
biasa dah tu, manusia kan, ada time jatuh, ade time naik, tapi aku memang banyak kali jatuh, jatuh, bangun, jatuh, bangun, betapa lemahnya iman aku..huhu..
sekarang ni time bangun ni, bangun dari dunia yang penuh dugaan dan cabaran ni, aku harap, biarlah stabil bangunku ini, insyaALLAH..
untuk kali ni, aku ingin berazam supaya dalam masa 3 bulan lagi sebelum habis diploma aku ni, aku akan bereskan projek dengan cemerlang, dan target untuk ber-ebay pun insyaALLAH kalu ilmu dan pengalaman banyak, akan tercapailah target aku,,
sematkan dalam dirimu asyrafazmin supaya berusaha gigih dan tekun, insyaALLAH, ALLAH di sampingmu…
lamanya aku tidak update blog ni..tengah modelling lelaki dewasa..
assalamualaikum semua, harap sihat2 sokmo dan di murahkan rezeki oleh ALLAH SWT..InsyaALLAH..
sudah lama benar aku tidak update blog aku ni, sudah 20 hari. ni di sebabkan aku tak sempat nak belajar 3d dan banyak sangat kerja yang perlu di bereskan..sekarang ni alhamdulillah, aku br jer masuk sem 6, alhamdulillah result maintain..tu bukan sebab aku pandai, tapi sebab doa dan berkat dari maa dan ayah aku..lebih2 lagi ALLAH SWT..alhamdulillah..
apa yang ingin aku kongsikan hari ini adalah berkenaan dengan projek last aku ni..ada dua projek, projek satu dan projek dua..untuk sem 6 ni(sem pendek), aku kena bereskan untuk projek satu..alhamdulillah, aku bersama dengan mursyidi dan asnawi untuk projek ni..kami sepakat untuk pilih multimedia dan memilih 3D animation..jalan cerita sudah di rangka dan perlukan buat story board untuk sem ni..so sekarang ni aku ngah belajar lebih mendalam lagi tentang modelling..aku dah spruh siap wat model sorang laki dewasa..sekarang ni dah siap wat gigi..ni yang latest punya..
bagi yang xleh preview, download kt sini ek..
ni contoh reference yang aku gne..


setakat ini sajalah..aku nak gi mandi n solat magrib..kawan2..doakan aku berjaya dunia akhirat..insyaALLAH..syukran alaikum..maassalamah..assalamualaikum
First Simple Animation(cycle)..
salam semua, alhamdulillah, hampir 5 hari aku belajar skinning or binding, at last, alhamdulillah. dah siap my first simple animate(berjalan), tapi masih lagi keras dan banyak lagi perlu di perbaikki. lepas ni aku nak belajar modelling sikit, bagi improve sedikit dan start wat simple animasi..
bagi yang xleh preview, download kt sini ek..







