HidupKu

Alhamdulillah, akhirnya…

alhamdulillah, akhirnya aku dapat siapkan tulang untuk tangan dan pergelangan tangan, walaupun lambat disebabkan banyak masalah yang tidak dapat di elakkan, alhamdulillah, dah siap sikit sal tangan dan pergelangan tangan ni, banyak lagi perlu di perbaikki..aku tak detach lagi skin dia, nati siap sepenuhnya, last step baru detach skin..(n_n)..i’m hepy with my life~

Get the Flash Player to see this content.

Parent Constrain problem..

assalamualaikum semua, aku sebenarnye ada sedikit masalah tentang parent constrain dalam maya ni, aku paham teknik dia, tapi kenape dah berdosen-dosen eden torai, tak jadi2, sakit palo weh..aku belajar guna tutorial video dari digital-tutor, tapi masalahnya aku trylh apa yang di ajar tu, tapi tak jadi2..ni tutorial dari video tu, aku dah cut dah skit..

Get the Flash Player to see this content.

kalu ade masalah streaming, download kt sini
ok, ni aku punye..

Get the Flash Player to see this content.

kalu ade masalah streaming, download kt sini

aku dah ikut dah secibik, tapi knapelah jadi camtu?
pleaseee…help me, dah aku google it, dah aku read manual, dah aku wat byk kali dah, same as always,,huhu, mudah2 aku buang jer root tu, tapi aku nak tahulah jalan penyelesaian nye..

Too Phat – Alhamdulillah (Triple P Featuring Zahidah)

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana di beri kesempatan ini untuk masih lagi menghirup nikmat hidup ini. Kalau nak di kira banyak mana kita menghirup udara setiap hari, memang tak terkiralah, dari sejak kita lahir sehingga sekarang, sudah banyak nikmat hidup yang telah kita pinjam dari ALLAH S.W.T. Sudah bersediakah anda semua untuk membayarnya semula?

Bayar secara mane? cash? credit card? Semua itu bergantung kepada diri anda sendiri. Anda yang menentukannya,

di kesempatan ini, aku ingin berkongsi bersama satu video klik yang telah aku dan kengkawan2 yang lain usahakan.VC ini adalah projek semasa aku di sem 3, alhamdulillah, walaupun terdapat banyak kesulitan, group aku berjaya menyiapkannya..

Get the Flash Player to see this content.

masalah kehidupan~

semua orang ada masalah, tidak kiralah masalah diri sendiri atau masalah keluarga atau masalah kawan2. tapi semua masalah tersebut merupakan satu cabaran dan dugaan daripada ALLAH S.W.T..semakin tinggi iman seseorang, semakin banyak masalah atau dugaan yang ALLAH S.W.T berikan. tapi adakah kita sedar, bahawa masalah tersebut sebenarnya adalah satu kaedah untuk kita disiplinkan diri kita? adakah kita sedar sebenarnye masalah tersebut membolehlah kita semua berjaya?

aku rasa semua orang tidak sedar yang masalah yang di alaminye adalah titik tolak kepada penyelesaianya. tiada masalah yang tiada penyelesaiannya, semua ada jalan penyelesaiannya..

apa yang akan aku kongsikan adalah tentang masalah diri aku sendiri. aku sebenarnye mempunyai target tiap2 hari. contohnya, hari ni aku nk siapkan handJoint dalam 3D. aku nak bereskan tulang bagi tangan, tapi start dari lepas tengah ari lagi, aku start, duk kejap jer, tak sampai 10 minit, maa aku panggil suh minta tolong..aku no hal..tolong dia kemaskan rumah.

aku tak ade masalah sebab tu dah jadi tanggungjwab aku, tolong sampai dekat pukul 4.30, aku berhenti dan aku kena tolong maa aku gi ambil adik aku kat sekolah..balik kul 5.00, sekarang aku nak jer start wat 3d, adik aku panggil, minta tolong, saem aku panggil minta tolong..sampai aku sendiri pun tak tertolong..maknenye sekali lagi target aku untuk siapkan tulang untuk tangan tak kesampaian..malam ni aku ade kije lain plak yang ingin di bereskan..

tapi aku terima ape yang berlaku, sebab aku tau sangat2, yang semua yang berlaku ni ade hikmahnya..

so banyakkan lah bersabar..dengan masalah diri ku sendiri, family..n paling sakit hati, masalah kawan2 yang tak dengar kata..tulah yang membuatkan hidup aku perit..

3D skeleton~

alhamdulillah, ALLAH telah membuka mata dan minda aku untuk terus focus kat minat yang telah lama aku pendamkan sekian lama..walaupun minat aku terhadap IM masih lagi tebal, tapi aku cuba untuk lupakan hasratku dengan IM.

terima kasih aku ucapkan kepada lecturer aku, cik faridah, kerana telah banyak menolongku dalam menyiapkan projek 3d ni..jadi aku dah ade semangat yang baru untuk belajar belajar dan terus belajar 3d. banyak lagi yang aku kene belajar..

untuk kelmarin aku telah belajar tentang camner nak letakkan bone kt tulang belakang..

backBone

stail aku belajar ni susah skit, tapi bagi aku, walaupun susah, tapi mudah melekat kt otak..

aku dah siap wat ni, aku akan delete semula, then wat smula sampai aku igt, kalu xigt atau salah, aku terpaksa start smula, tu stail aku belajar. tapi ni susah skit

ok, kalu tak ada masalah, hari ni, aku nak belajar untuk letakkan bone kt tangan plop..belajar belajar n belajar.(n_n)

i’m hepy with my life~

rombak semula

nak kena rombak semula blog aku neh, dah lame aku biarkan dalam proses Im tu, google adsense, biarlah, aku delete dan tambahkan sikit2 sal diri aku dalam blog yang serba xlgkp ni..akan aku updatekan tentang diriku dan 3D selalu..

Selamat tinggal dunia IM~

huhu, raso sedih pun ado, raso suko pun ado..tak tahulah…sebenarnye dunia Internet Marketing ni luas, teramat luas, sampaikan tak tercapai untuk melakukan semua perniagaan dalam satu masa.walhal dalam satu perniagaan pun dah dapat hasil beribu-ribu ringgit. aku sebenarnye nampak lubuk emas ni, memang nampak sangat, tapi oleh kerana aku tak dapat tumpu sangat kat study, so aku kena abaikan dulu IM ni..

memanglah rasa sangat2 sedih, tapi kita kena korbankan sedikit minat kita untuk perkara yang lebih baik. dalam masa yang sama, aku bukannye minat IM sahaja, tapi minat dalam 3D animation ni, jadi lebih baiklah aku focuskan masa aku ni, dengan belajar 3d..terpaksa tinggalkan dunia IM..selamat tinggal IM, selamat kembali 3D…..

Related Posts with Thumbnails