Kelantan Dan Tanggungjawab Hudud – Dr MAZA

salin dan tempek 100% dari Dr MAZA

KELANTAN DAN TANGGUNGJAWAB HUDUD
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

 

Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik. Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat.

 

Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda. Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

 

Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya)

“Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” (Surah an-Nur: 1).

More >

Kehidupan selepas graduate Diploma^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah agak lama benar aku tak mengkhabarkan berita kehidupan aku di bilik berita ni ek..hoho..

mungkin ada yang bertanya, tak rugi ke ade domain sendiri tapi dah berhabuk dah? aku senyum je, sebab aku tahu, mungkin berhabuk tetapi berisi!

nati aku ceritakan kenapa aku gitau berisi ek..hehe

alhamdulillah, pada 23 November, Selasa lepas, aku ke kolej aku kat Marang, belakang betul2 dengan Markas Pas..

(nilah kolejku,, waaa rindunya, rindu kelas, rindu kwn2, rindu lecturer, rindu adik2..T_T)

More >