Posts tagged MMCE
Kejayaan dunia atau kejayaan akhirat?
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur alhamdulillah diberi rezeki bernafas dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping menghirup udara segar yang di hantar oleh Allah melalui bantuan angin2 yang mengejuk jiwa. Syukur alhamdulillh juga kerana Allah SWT masih memberi rezeki pinjaman nyawa dan anggota badan supaya melaksanakan kerja agama dengan sempurna walaupun naik turun, naik turun iman ibarat ombak rindu. ceh!
Alhamdulillah sekali lagi kepada ALLAH SWT yang masih lagi memberi nikmat Iman dan juga nikmat Islam, walaupun hambaMu ini tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sempurna. HambaMu ini tidak larat untuk terima takaza/tanggungjawab agama sepenuhnya. Masih banyak yang perlu di pelajari dan di tambahi dari segi Ilmu dan Amal.
Aku merasa ingin berkongsi pengalaman dan sedikit cebisan sisa hidup ini bersama2 kawan maya ni. Walaupun aku tahu bukan ada orang singgah blog aku, tapi sekurang2nya aku boleh simpan sedikit sebanyak pengalaman aku, lepas ni boleh aku tengok balik kenangan2 lame.
Minggu Orientasi Intake Julai 2010 – Multimedia College Eastern
Assalamulaikum dan selamat sejahtera,
alhamdulillah sudah selesai minggu orientasi pada minggu lepas, memang sangat2 keletihan..yelah, seminggu sebelum start minggu orientasi, keteorang dah start berkampung kat kolej..
menjadi ketua fasi ni adalah salah satu tugas yang berat dan sukar untuk aku laksanakan, yelah, banyak yang perlu di fikirkan..tapi alhamdulillah, dengan pertolongan fasi2 yang sporting gile2 ni, aku berasa sangat2 gembira dan seronok sepanjang minggu orientasi ni..terima kasih kepada semua fasi2,,kak na, kak anis, epa, mira, fida, ibu, aizat, jijie, dany, paih, paan, abe john, fadhil, zam, najmi..dan berbanyak2 terima kasih kepada abe bob, selaku penasihat kepada kami..terima kasih banyak..
ok, aku ade banyak lagi kerja yang perlu di bereskan, apa2pun, jom layan video orientasi bagi batch 15 intake julai 2010..
bagi yang xleh preview, download kt sini ek..
nati cherah akan bagi kat penghulu dan penghuluwati semua video dan gambar ek..dalam 8 gb semua..



